Tiada halangan bertanding – Armand

‘Tiada halangan’.

Demikian jelas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO selain mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO sewaktu dipanggil badan itu di Menara Dato Onn hari ini.



Justeru beliau telah menyerahkan borang pencalonan Ketua Bahagian hari ini manakala Ketua Pemuda pula esok.

Beliau kemudian menyifatkan pertuduhan dikenakan terhadapnya sehingga dipanggil menghadap lembaga disiplin parti sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba menghalangnya daripada bertanding pada pemilihan kali ini.

Bagaimanapun Armand Azha tidak memperincikan dakwaan pelanggaran tatatertib membabitkan namanya.

“Saya sebagai seorang pemimpin dan memegang konsep kepartian, saya sudah memberikan dokumen pembelaan kepada lembaga disiplin dan beberapa soalan ditanyakan. Segala terserah kepada lembaga.



“Namun lembaga disiplin menyatakan tiada masalah saya bertanding,” katanya dalam sidang akhbar sejurus selepas dipanggil Lembaga Disiplin UMNO hari ini.

Menurut Armand Azha, beliau sudah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin serta mengemukakan bukti pembelaan.

“Saya beri keterangan berserta bukti. Sebagai orang parti, saya amat menghormati Lembaga Disiplin dan menyerahkan kepada badan ini,” katanya.

Terdahulu sekitar 3 petang semalam, Armand Azha dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini, bagi berdepan dengan Lembaga Disiplin UMNO.



Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Armand Azha mengesahkan beliau dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Utusan

Tiada halangan bertanding – Armand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker