Perisytiharan darurat: Proses semak dan imbang masih terpakai – Pakar Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Berdasarkan peruntukan perlembagaan, proses semak dan imbang masih lagi terpakai walaupun selepas pengisytiharan darurat.

Namun, menurut pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, ia hanya melibatkan proses perundangan yang tergantung dalam tempoh darurat seperti yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga tidak bermakna kerajaan yang mentadbir di bawah perintah darurat mempunyai kuasa mutlak kerana masih menitikberatkan proses semak dan imbang ini.“Kalau kita lihat kepada peruntukan perlembagaan, ia tidak menafikan bahawa proses semak dan imbang ini masih lagi boleh dilakukan.



“Apa yang penting adalah proses perundangan itu yang tergantung atau dihentikan apabila darurat berlangsung.

“Walaupun begitu, Parlimen boleh dipanggil bersidang walaupun dalam keadaan darurat. Cuma di sini, sekiranya Parlimen tidak bersidang, maka Jawatankuasa Khas perlu berfungsi.

Pilihan raya kerajaan tempatan untungkan DAP



“Pada masa sama, ia juga tidak boleh dinyatakan bahawa kerajaan yang mentadbir semasa tempoh darurat mempunyai kuasa mutlak.

“Walaupun benar jika mereka mahu salah guna kuasa, peluang itu boleh dilakukan, tetapi sebenarnya di negara ini masih lagi mengamalkan mekanisme semak dan imbang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Proklamasi Darurat | Penjelasan semak imbang kuasa PM

Dalam pada itu, Prof Dr Shamrahayu menegaskan Jawatankuasa Khas yang ditubuh susulan pengisytiharan proklamasi darurat perlu dianggotai Ahli Parlimen dari parti kerajaan, pembangkang dan bebas.



Malah ia juga perlu disertai tenaga kepakaran daripada pelbagai sektor bagi memastikan kemakmuran dan usaha membendung gejala wabak COVID-19 dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

UMNO Akan Terus Main Peranan Proaktif Sebagai Agen Semak Dan Imbang Kepada Kerajaan Baru



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker