40 peratus populasi dewasa negara terima dos penggalak



KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Isnin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.




Sementara itu, menurut portal Github KKM, 12 kes kematian direkodkan semalam. – Bernama

40 peratus populasi dewasa negara terima dos penggalak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli



Leave a Reply

Your email address will not be published.