Tidak Wujud Dua Kelompok Dalam UMNO, Kita Berada Dalam Satu Rangka Kerja Menuju PRU-15 – Mahdzir Khalid

 

Tidak Wujud Dua Kelompok Dalam UMNO, Kita Berada Dalam Satu Rangka Kerja Menuju PRU-15 – Mahdzir Khalid

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan parti itu.

Beliau berkata, urusan perjalanan parti juga berlangsung dengan baik walaupun jawatan Perdana Menteri bukan disandang Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.

“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara tersebut tidak wujud.



“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di Dewan Bangunan UMNO Padang Terap pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Mahdzir berkata, ini merupakan kali pertama Naib Presiden parti dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti. Dari setakat ini yang saya sebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden parti,” ujarnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu berharap tidak ada pihak yang mengadu domba pucuk pimpinan UMNO sehingga boleh menimbulkan pergolakan dalam parti tersebut.

“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, jadi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini,” jelas Mahdzir.-AA



Tidak Wujud Dua Kelompok Dalam UMNO, Kita Berada Dalam Satu Rangka Kerja Menuju PRU-15 – Mahdzir Khalid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker