Telur melambak tapi harganya mahal – Peniaga
Telur melambak tapi harganya mahal – Peniaga
Peniaga makanan di sekitar ibu negara mengeluh dengan kenaikan harga ayam.
Harga telur yang naik tanpa ‘belas kasihan’ sejak tahun lalu cukup meresahkan dan membebankan mereka.
Pemilik restoran Hasliza Mahmud, 49, rata-rata harga sepapan telur didakwa mengalami kenaikan RM2 berbanding tahun lalu.
Dia hairan mengapa kenaikan ini berlaku sedangkan telur melambak dalam pasaran.
“Kalau susah dapat tu kita fahamlah, ni berlambak pun mahal.
“Kenaikan ini sudah tentu menimbulkan rasa cemas kepada peniaga yang memerlukan bekalan itu setiap hari kerana kos berniaga semakin meningkat,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Hasliza berkata, dulu telur gred B hanya RM11 sepapan, sekarang RM13, belum lagi telur gred A.
“Di sini, banyak kedai runcit. Memang mudah nak beli telur tapi mahal. Bila harga telur naik, kita pun terjejas sebab kita berniaga guna telur.
”Kalau mahal susahlah, sebab barang lain pun dah mahal. Beli dengan pemborong pun sama sahaja harganya, bezanya kita beli banyak.
“Bila tanya pemborong, dia pun kata sampai dengan mereka pun mahal,” rungut beliau.
Seorang peniaga kuih, Trisnawati Zulkifli, 40 tahun, turut melahirkan perkara sama.
Menurutnya, telur yang dibeli dengan pemborong dan kedai sama sahaja harganya.
“Tiada lagi istilah murah beli pada pemborong,” katanya yang selama ini tidak membeli telur di kedai runcit kerana memerlukan bekalan yang banyak.
Dia yang menggunakan telur gred B mendakwa harga telur itu naik RM0.50 sen hingga RM1 bagi sepapan.
Rungutnya, sejak telur dijadikan barang kawalan ini, kedai runcit mengehadkan belian kepada lima papan sahaja, disebabkan itu lebih mudah beli pada pemborong.
Sementara itu, seorang peniaga nasi lemak, Peggy, berkata, kenaikan harga telur menyebabkan dia hanya mampu beli gred C sahaja, bagi mengelakkan kos perbelanjaan bertambah.
Katanya, harga telur bagi gred A dan B jauh berbeza mengakibatkkan dia tiada pilihan, selain membeli telur goreng gred C.
Meskipun begitu, menurutnya, harga telur gred C pun bukan murah,
“Walaupun saiznya kecil tetapi harga telur gred C untuk 10 biji pun naik RM1,”katanya. MG
Telur melambak tapi harganya mahal – Peniaga
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
You must be logged in to post a comment.