Sudah tiba masanya Putrajaya perkenal kad insurans kesihatan kepada rakyat, kata doktor

Sudah tiba masanya Putrajaya perkenal kad insurans kesihatan kepada rakyat, kata doktor

Seorang pakar kesihatan awam mencadangkan agar kerajaan persekutuan memperkenalkan kad insurans kesihatan bersubsidi kepada semua rakyat, dengan tumpuan kepada kumpulan B40 dan M40.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata kaedah itu mampu mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan dan memendekkan tempoh masa menunggu bagi setiap pesakit – keadaan yang sejak sekian lama perlu dihadapi oleh pesakit.



Tambahnya, dengan pengenalan skim insurans kesihatan itu, pemegang kad boleh mendapatkan rawatan di klinik dan hospital swasta berdaftar secara percuma atau sekurang-kurangnya had RM50 bagi setiap lawatan.

Katanya, kaedah itu juga akan memberi keuntungan kepada semua pihak berbanding kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan besar untuk membangunkan klinik kesihatan di sesebuah lokaliti, atau menyelenggara bangunan kesihatan.

“Pesakit klinik kerajaan boleh tampung tak kos tinggi yang ditanggung kerajaan? Memang tak boleh kan…jadi apa kata wujudkan satu sistem yang semua akan dapat manfaat.

“Bayar berjuta-juta untuk bina dan selenggara klinik kesihatan, lebih baik kerajaan pusat beri subsidi kad klinik kepada semua orang untuk mereka pergi ke mana-mana mereka mahu, jadi tidak perlu lagi nak tunggu berjam-jam di klinik kesihatan,” katanya kepada FMT.



Dr Sathia berkata kad insurans kesihatan bersubsidi kepada semua rakyat, jika diperkenalkan, mampu mengelakkan daripada klinik swasta gulung tikar akibat kekurangan pelanggan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Jelasnya, kerajaan persekutuan boleh mengguna pakai kaedah yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor menerusi skim Peduli Sihat, yang disifatkannya sebagai inisiatif yang sangat baik dan perlu diikuti oleh kerajaan persekutuan.

“Pada masa akan datang, untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlukan dua perkara yang boleh diberikan secara percuma – pendidikan dan kesihatan – tetapi sudah tentu kesihatan tidak boleh bagi percuma kepada semua orang ketika ini namun kita boleh berikan subsidi atau kadar bayaran yang berpatutan,” kata pemilik rangkaian Klinik SP Care Group itu.

Katanya, skim itu juga mampu mengelakkan daripada klinik swasta gulung tikar akibat kekurangan pelanggan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dua tahun lalu.



“Klinik banyak tutup sebab pelanggan kurang, kebanyakan klinik juga dikendalikan oleh doktor kontrak, bila habis kontrak mereka akan keluar dan menyebabkan operasi klinik tidak dapat diteruskan.

“Jika kesihatan awam dijaga oleh semua, semua orang akan dapat manfaat,” katanya.

Skim Insurans Peduli Sihat diperkenalkan pada 24 Jan 2017 oleh Azmin Ali semasa menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu.

Pemegang kad Peduli Sihat bagi kategori keluarga layak menerima RM500 dengan syarat rakyat Selangor atau bermastautin di negeri berkenaan selama 10 tahun atau lebih dan pendapatan di bawah RM3,000.



Untuk kategori individu berumur 21 tahun ke atas, mereka layak menerima pembiayaan RM200 setahun. FMT

Sudah tiba masanya Putrajaya perkenal kad insurans kesihatan kepada rakyat, kata doktor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker