Ada nak lamar Rohana
Kuala Lumpur: Sehari selepas kisah hidupnya bersama ‘Laoshi’ Chee Hoi Lan disiarkan, ribuan netizen tampil memberikan komen, luahan, malah ada juga yang cuba melamar Rohana Abdullah.
Menerusi Youtube Harian Metro, seorang netizen, Syed Norazman menghantar komen berkenaan ingin mengambil gadis itu sebagai isterinya.
“Nak ambil jadi isteri saya sajalah. Lagi pun, umur saya sudah meningkat,” tulisnya di dalam komen itu.
Bagaimanapun, Rohana berkata, dia tidak mahu memikirkan soal rumah tangga buat masa ini kerana ingin menumpukan kepada perkara yang penting terlebih dulu.
Katanya, tumpuannya kini adalah untuk membina kehidupan stabil, menjaga Laoshi, mempunyai kerjaya yang menjamin kehidupan.
“Buat masa ini saya tidak fikir dulu. Saya pun tak mahu berkahwin semata-mata mahu kad pengenalan saja.
“Biarlah bila sampai masa nanti, baru saya fikir bab berumahtangga. Kahwin kerana sayang, bukan kerana kad pengenalan,” katanya.
Dia juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan hidupnya dan keluarga.
Lamaran berkahwin adalah antara ribuan komen dari netizen berhubung kisah Rohana Abdullah, 22, yang dibesarkan seorang warga emas berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 83, sejak berusia dua bulan seperti dilaporkan Harian Metro kelmarin.
Pemerhatian wartawan mendapati rata-rata netizen berkongsi harapan agar kedua-dua anak dan ibu angkat itu dipermudahkan urusan mereka selepas ini.
Pemerhatian di Facebook Harian Metro dan ruangan komen kisah Kasih Tak Bertepi Laoshi mendapati ramai netizen mendoakan agar fasa seterusnya hidup mereka menjadi lebih baik.
Tidak kurang juga yang kagum dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi Chee yang menjaga Rohana walaupun mereka berbeza fahaman dan agama.
Seorang netizen, Mariah Mariah turut berharap urusan Rohana dan ‘ibunya’ itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semoga auntie diberi hidayah oleh Allah atas segala pengorbanan. Moga dipermudahkan segala urusan mereka berdua,” katanya.
Bagi Kamisan Adnan, apa yang dilakukan Chee itu mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan berharap semoga dia terus diberikan kesihatan.
“Tinggi sungguh nilai kemanusiaan dalam diri mak cik Chee 83 tahun yang sanggup membela Rohana dari kecil hingga dewasa. Semoga mak cik Chee sihat & diberi hidayah Islam, Rohana dapat mendirikan rumah tangga sebaik mungkin dan pertolongan memperoleh kerakyatan Malaysia oleh Haji Gulam untuk Rohana dipermudahkan-Nya jua.
“Inilah ketikanya seorang anak murid membantu seorang bekas gurunya…,” tulisnya.
Kisah itu yang mendapat lebih 1,300 perkongsian turut menimbulkan rasa hiba dalam kalangan netizen. Kemurnian wanita warga emas itu menyediakan belanja untuk Rohana belajar Fardu Ain, menyentuh hati mereka. Seorang pembaca, Khalid Ahmad Zahari mengakui, dia kagum dengan kebaikan hati Chee.
Wartawan juga menerima banyak e-mel daripada pelbagai pihak ingin membantu mereka. Ia termasuklah ingin menjaga Chee yang sudah lanjut usia, khidmat guaman dan pengurusan bagi proses mendapatkan taraf kewarganegaraan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, setakat ini pihaknya juga menerima maklum balas daripada agensi berkaitan berhubung isu ini.
“Insya-Allah kita doakan ada pengakhiran baik. Terima kasih kepada mereka yang bertanyakan isu ini,” katanya.
Ada nak lamar Rohana
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beza bangsa, agama, ibu angkat kerja keras pastikan anak kekal Muslim, tak tinggal solat
You must be logged in to post a comment.