RM4.4 juta lesap dalam pelaburan kripto

RM4.4 juta lesap dalam pelaburan kripto

Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila rugi lebih RM4.4 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang mendakwa ditipu dalam urusan pelaburan mata wang kripto dengan kerugian lebih RM4.4 juta, hari ini.



“Dia memaklumkan menerima mesej melalui WhatsApp dari nombor tidak dikenali (suspek) yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.

“Suspek kemudiannya memperkenalkan diri sebagai sebagai ejen pelaburan mata wang kripto berasal dari Singapura.

“Mangsa kemudian diterangkan pelan (pelaburan) dan dipujuk untuk menyertai pelaburan selain diarahkan membuat pendaftaran di laman sesawang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pengadu dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal, namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan terbabit.



“Akibat terpedaya dengan tawaran itu, mangsa membuat 90 transaksi bayaran berjumlah RM4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank diberikan bermula 18 Julai sehingga 6 September lalu.

“Bagaimanapun, pengadu gagal mengakses laman sesawang berkenaan dan gagal menghubungi suspek, semalam.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa mengesyaki ditipu kerana tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan seperti dijanjikan,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.



“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan menjanjikan keuntungan yang tinggi.

“Sila buat semakan pada nombor akaun melalui https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya. HM

RM4.4 juta lesap dalam pelaburan kripto

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker