Patung ‘kerajaan pembunuh’ muncul di Melaka

Patung ‘kerajaan pembunuh’ muncul di Melaka

Patung manusia bertulis “kerajaan pembunuh” ditemui di sebuah jejambat di Melaka pagi ini.

Patung itu ditemui orang awam di jejambat Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh – tidak jauh daripada Seri Negeri, bangunan pentadbiran kerajaan.



Patung itu dipakaikan seluar biru muda, baju putih dan bertopi jerami. Perkataan “kerajaan pembunuh” ditulis dengan warna merah.

Pihak polis dilaporkan mengalihkan patung itu pagi ini.

Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Polis Melaka Tengah Afzanizar Ahmad bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Mei lalu, beberapa grafiti “kerajaan gagal” muncul di kawasan sekitar Sungai Melaka sebagai tanda proses terhadap kerajaan.



Semalam, kes harian masih melebihi angka 9,000, selepas mencatat rekod baru dengan 9,353 kes sehari sebelumnya. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Patung ‘kerajaan pembunuh’ muncul di Melaka




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker