Daniel lantik peguam, prosiding semakan jenayah Isnin depan

Daniel Iskandar, individu yang disyaki mencuri tabung masjid di Kuang Rawang dan dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid berkenaan pada 8 Jan lepas telah melantik peguam untuk mewakili dirinya.

Usaha melantik peguam dari firma Tetuan Hariz Syakinah & Co itu dilakukan dengan bantuan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

PPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat satu prosiding semakan jenayah yang telah ditetapkan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di Shah Alam pada 17 Jan ini.

“Atas dasar tersebut dan di atas arahan untuk mewakili Daniel, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi Yang Mulia pada hari tersebut.

“PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel dan kejadian berkenaan, yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingan Daniel, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial.

“Ini terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Isnin yang akan datang,” katanya.

Justeru, PPMM memohon semua pihak untuk mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan sehinggalah prosiding tersebut selesai.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid di Kuang memandikan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid berkenaan.

Dalam video selama satu minit 25 saat itu, jemaah masjid berkenaan dilihat memandikan suspek seperti jenazah, termasuk melumurkan kapur barus kepadanya.

Daniel lantik peguam, prosiding semakan jenayah Isnin depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker