Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang.

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara, peragawati dan jurucakap produk Malaysia. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular. Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

Bagi kerjayanya sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan rancangan TV termasuk Sehati Berdansa, Muzik-Muzik dan Gempak Superstar. Sebagai jurucakap produk, Scha telah menjadi duta dan jurucakap bagi produk seperti Carefree, Rexona, Yakult, Watsons dan Bio Essence. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan bagi kerjaya televisyen dan filem termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Skrin.



Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Hadharami. Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Beliau juga merupakan anak saudara pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007). Selepas tamat perkhidmatan selama setahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan TV dan lakonan.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya hiburan profesional pada 2006 selepas memenangi pertandingan pencarian Dewi Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Karangkraf.Selepas memenangi Dewi Remaja, Scha ditawarkan melakonkan watak pembantu menerusi drama Impian Illyana dan watak komedi untuk drama bersiri Bella di TV3, dan seterusnya membintangi drama online Gua.com.my, Luna Fantasiku.

Scha mula meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania yang diterbitkan sebanyak 3 musim, di mana beliau berperanan sebagai Dania, seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari. Filem pertamanya berjudul Antoo Fighter yang bergenre komedi memperkenalkan beliau di layar perak sebelum membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2013). Sejak itu, Scha popular dengan watak-watak komedi menerusi beberapa drama seperti Prebet Jamilah, Mimi Mencari Cinta dan Jodoh. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik dan Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013. Selain itu, beliau juga muncul bersama pelakon Indonesia, Fauzi Baadila dalam muzik video lagu “Mencari Konklusi” oleh kumpulan Hujan.

Pun begitu, beliau pernah mencuba beberapa watak serius, antaranya watak mangsa pelacuran di zaman pendudukan Jepun dalam drama Geisha Melayu Terakhir serta lakonan memberangsangkan sebagai gadis lesbian dalam filem Histeria yang melayakkan Scha dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009. Tetapi popularitinya lebih diraih menerusi lakonan komedi selain mula menceburi bidang pengacaraan, antaranya bergelar pengacara Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu selama dua musim. Di luar bidang lakonan, beliau menguruskan butik miliknya, Schapoholic yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “Shopaholic”.




Baca Artikel Menarik :


Beliau kembali ke televisyen pada 2016 menerusi peranan Alana Sofea dalam drama bersiri Isteri vs Tunang lakonan bersama Hisyam Hamid, dan setahun kemudian, beliau muncul dengan peranan utama sebagai Syazlin dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Aiman Hakim Ridza Scha telah dilantik oleh gergasi telekomunikasi Malaysia, Maxis sebagai duta telefon pintar NeXT pada 3 November 2017.

Pada 16 April 2018, Scha bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Scha berlakon di samping pelakon muda Lia Natalia menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.Scha kembali aktif di layar lebar selepas lima tahun menyepi tanpa sebarang filem terbaharu, beliau tampil bersama Erra Fazira, Sherry Alhadad dan Azhan Rani dalam filem Bikin Filem; Scha memegang watak sebagai Zarina, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi yang diperkosa oleh bapanya sendiri.

Dan Scha menjalinkan kerjasama dengan pereka kasut Christy Ng bagi mempromosikan koleksi kasut dan beg tangan terhad untuk sambutan Hari Raya 2019 bagi tempoh tiga bulan.



Kehidupan peribadi

Scha dan suaminya, Awal ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara Awal Ashaari. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini, perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar Pasangan ini mendapat cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.

Pada Mac 2019, Scha dan suami, Awal telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D’Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.



Pada Januari 2020, Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim dikenali sebagai endometriosis. Ini menandakan kali kedua Scha menjalani pembedahan endometriosis selepas kali pertama ialah pada 2013, iaitu sebelum beliau melahirkan Lara Alana. Beliau disahkan hamil bayi kedua pada Ogos 2020.

Pada Februari 2021, beliau dikurniakan cahaya mata kedua.

Scha Al-Yahya
Kelahiran
Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya

30 Mei 1983 (umur 38)



Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Pendidikan Diploma Teknologi Maklumat
Pusat pendidikan Kolej PTPL
Pekerjaan Pelakon, pengacara, peragawati, jurucakap produk
Tahun aktif 2006–kini
Pasangan Awal Ashaari (k. 2012)
Anak 2 (termasuk Lara Alana

Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Scha Alyahya rela pilih Norzizi Zulkifli daripada Ellie Suriaty



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker