Tempat keempat itu gagal – Ronaldo

LONDON: Cristiano Ronaldo menimbulkan sensasi apabila membayangkan bahawa dia boleh meninggalkan Manchester United musim ini.

Pemain Portugal itu mengakui dia tidak boleh menerima pengakhiran Manchester United musim ini selain daripada berada di kedudukan pertama, kedua atau ketiga dalam liga.

Namun, dengan Red Devils kini terperosok di tempat ketujuh, dan prestasi hambar di atas padang, kedudukan liga itu mungkin sukar untuk diperbaiki.



Dalam temu bual dengan Sky Sports, Ronaldo seolah-olah membayangkan bahawa kepulangan emosinya ke United mungkin singkat jika kelab itu tidak berada dalam kedudukan merebut trofi.

Dia berkata: “Manchester United sepatutnya memenangi liga, atau berada di tempat kedua atau ketiga. Sejujurnya, saya tidak nampak kedudukan lain untuk Manchester United, saya tidak nampak.

“Pada pandangan saya, saya tidak boleh menerima bahawa mentaliti kami kurang daripada berada dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana.”

Ronaldo seterusnya berkata bahawa dia percaya kelab itu mampu mengubah keadaan, walaupun terdapat khabar angin mengenai keretakan dalam bilik persalinan di Manchester United.



Walaupun pemain berusia 36 tahun itu mengakui dia tahu apa masalah membelenggu skuad itu, namun memilih untuk tidak mendedahkannya.

Dia menambah: “Kami mampu mengubah keadaan sekarang, saya tidak tahu cara khusus kerana saya seorang pemain, saya bukan jurulatih, saya bukan presiden.

“Saya tahu jalannya tetapi seperti yang anda tahu saya tidak akan menyebutnya di sini kerana saya fikir ia tidak beretika bagi pihak saya untuk mengatakannya.”

“Apa yang boleh saya katakan dan sesuatu yang kita boleh kawal adalah kami mampu melakukannya dengan lebih baik,” tambahnya. – AGENSI



Tempat keempat itu gagal – Ronaldo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker