Menakjubkan! Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan [VIDEO]

Menakjubkan! Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan [VIDEO]

MAGIK! Begitulah reaksi mereka yang menyaksikan bakat luar biasa seorang lelaki yang melukis empat potret menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya.

Empat potret memaparkan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, penghibur Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi, masing-masing dilukis dengan pen menggunakan tangan dan kaki kanan serta kiri.

“Serius… abang tengah buat magik ke? Saya nak lukis kucing pun tak nampak rupa kucing.”

“Abang dari planet mana? Saya lukis orang lidi guna tangan kanan pun tak jadi,” demikian antara komen netizen yang kagum dengan kebolehan lelaki itu.

Siapa sangka anugerah melukis potret dengan hasil cukup teliti dan kemas menggunakan kedua-dua tangan dan kaki itu dimiliki seorang guru sekolah menengah.

Bercakap kepada mStar, guru berkenaan, Mohd Saiful Baharom Shah berkata, dia minat melukis sejak kecil dan menjadikannya sebagai hobi.

VIDEO DIBAWAH:-

Disebabkan minat juga, lelaki berusia 39 tahun itu mula menghasilkan pelbagai karya seni dengan cara unik dan kreatif sejak membuka akaun TikTok pada Januari 2021.

“Saya bukan pelukis, tapi minat melukis sejak kecil. Saya melukis secara serius pada awal Januari 2021. Di awal posting, saya banyak melukis karikatur tapi views tak banyak.

“Kalau buat content menarik, views akan lebih banyak. Jadi, saya cari kelainan seni supaya orang tengok dan menyukai karya saya,” katanya ketika dihubungi.

Potret empat figura terkenal yang dilukis serentak.

Pelbagai kaedah unik yang dilakukan anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini dalam menghasilkan karyanya seperti melukis menggunakan mulut, melukis sambil memejam mata dan melukis menggunakan beberapa chopstick atau penyepit yang kemudian digabungkan sehingga terhasil lukisan dari pelbagai sudut.

Lebih dikenali sebagai Saiful Thaqif, guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin di Manong, Perak itu berkata, dia sebelum ini pernah melukis potret menggunakan kedua-dua tangan mahupun kaki secara berasingan.

Namun, guru yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 15 tahun itu buat pertama kalinya melukis menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya dalam satu sesi.

Saiful Thaqif minat melukis sejak kecil

“Saya melukis keempat-empat potret secara berurutan dan bergilir. Maksudnya, saya lukis bahagian demi bahagian untuk keempat-empatnya sehingga menjadi potret lengkap.

“Tiada masalah untuk melukis menggunakan tangan kanan dan kiri. Cabaran adalah melukis menggunakan kaki disebabkan cengkaman pen pada kaki boleh membuatkannya tergelincir.

“Jika tersilap langkah, lukisan tak menjadi. Maka saya perlu melakukannya dengan penuh teliti, satu persatu dan berhati-hati,”  tambah Saiful Thaqif.

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk melukis empat potret tersebut berpandukan foto-foto figura terkenal berkenaan sebagai rujukan.

“Teknik lukisan ini paling mencabar, dan memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam menghasilkannya,” katanya yang turut mengusahakan bisnes mencetak baju secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Saiful Thaqif yang mempunyai lebih 26,000 pengikut di TikTok @saiful_thaqif berkata, dia akan terus mencabar dirinya dalam menghasilkan karya-karya seni menggunakan kaedah dan kreativiti unik dan pelik pada masa akan datang.

“Selain menilai cadangan dan permintaan followers, saya juga menyukai cabaran. Saya merancang untuk melukis empat potret menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki secara bersilang… maksudnya tangan kanan saya melukis potret di sebelah kiri dan sebaliknya, dan kaedah sama untuk melukis menggunakan kedua-dua kaki,” katanya.-mSTAR

Menakjubkan! Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker