Polis reman 3 lelaki selepas video lelaki dipukul tular

Polis reman 3 lelaki selepas video lelaki dipukul tular

IPOH: Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata semua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.



“Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan.

Osman berkata, susulan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. FMT

Polis reman 3 lelaki selepas video lelaki dipukul tular




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker