Polis sahkan kematian dalam tahanan di lokap balai Taiping

Sebaran :

Polis sahkan kematian dalam tahanan di lokap balai Taiping

Bukit Aman mengesahkan seorang orang kena tahan (OKT) meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berusia 63 tahun itu 11 pagi tadi.

“OKT itu merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang telah dituduh pada 18 April 2021 di bawah Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.



“OKT telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada 11 Jan sementara menanti sebutan seterusnya pada 14 Jan,” katanya dalam kenyataan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata, manakala 379A melibatkan kecurian kenderaan bermotor.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah Dalam Tahanan (USJKT) di bawah JIPS Bukit Aman, yang baru ditubuhkan dan mula beroperasi 1 Jan lalu, akan menyiasat kematian itu.

USJKT yang terdiri daripada 12 pegawai, seorang penguasa dan seorang kakitangan awam akan mengendalikan semua kes kematian dalam tahanan. FMT



Polis sahkan kematian dalam tahanan di lokap balai Taiping


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *