Penjual hantar kain kafan kepada pelanggan menipu
JAKARTA – Seorang penjual barangan secara online mengundang perhatian netizen gara-gara menghantar bungkusan berisi kain kafan kepada pelanggannya, lapor lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @hanafauzia21.
Berdasarkan video tersebut, penjual wanita itu mendapat permintaan daripada pelanggannya untuk membeli sebuah telefon pintar jenama iPhone.
Bagaimanapun, penjual itu berjaya mengesan penipuan pelanggan tersebut apabila mendapati bukti transaksi wang yang dihantar adalah palsu.
Disebabkan sering menghadapi situasi sedemikian, dia ingin memberi pengajaran kepada penipu tersebut.
Penjual itu sanggup menempah kain kafan walaupun meremang bulu roma ketika memasukkannya ke dalam kotak iPhone tersebut.
“Jadi jangan tipu orang. Ingat, apa sahaja yang kita buat nanti, kita akan bertanggungjawab,” tulis penjual di atas sekeping kertas.
Netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun TikTok milik penjual tersebut.
“Kurang tanah kak, mana tanah,’’ tulis seorang netizen. – Agensi
Seorang penjual barangan secara online mengundang perhatian netizen gara-gara menghantar bungkusan berisi kain kafan kepada pelanggannya, lapor lapor laman berita Suara.com.
Baca Artikel Menarik:
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis
You must be logged in to post a comment.