Lantik ketua agensi kerajaan perlu pengawasan parlimen – Azalina

Lantik ketua agensi kerajaan perlu pengawasan parlimen – Azalina

Susulan kontroversi membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, pelantikan ketua agensi kerajaan disarankan supaya tertakluk kepada pengawasan parlimen.

Ahli parlimen kerajaan Azalina Othman mengesyorkan hal ini selepas beberapa pihak mencadangkan jawatankuasa baru untuk menyelia pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM.

“SPRM mempunyai lima jawatankuasa pengawasan – tiga ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2009, dua secara pentadbiran.

“Persoalannya di sini – patutkah kita menubuhkan jawatankuasa lain?

“Mungkin perkara yang diperlukan di sini ialah mempertingkatkan peranan parlimen untuk menyelia pelantikan (ketua) agensi khususnya agensi penguatkuasaan undang-undang?

“Pelantikan semasa dibuat oleh suruhanjaya perkhidmatan,” tulis ahli parlimen Umno itu pada siri ciapan di Twitter hari ini.

Azalina, yang juga penasihat khas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai undang-undang dan hak asasi manusia berkata di membuat cadangan itu atas kapasitinya sebagai ahli parlimen Pengerang.

Pada masa ini, Akta SPRM 2009 menetapkan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Akta itu tidak mewajibkan pengawasan parlimen dalam proses pemilihan pemegan jawatan berkenaan.

Selepas kontroversi baru-baru ini meletus, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menafikan dia bertanggungjawab apabila ditanya sekiranya penilaian sewajarnya dan pemeriksaan latar belakang telah dibuat sebelum Azam dilantik pada Mac 2020.

‘Tak ada salah apa’

Parlimen mempunyai jawatankuasa pilihan khas mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang boleh meneliti badan seperti SPRM.

Jawatankuasa pilihan khas ini sejak itu telah memanggil Azam untuk menjelaskan isu pemilikan sahamnya pada Rabu depan (19 Jan).

Pegawai awam tertinggi itu mendapat kecaman baru-baru ini selepas didedahkan dia memiliki berjuta-juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam – Excel Force MSC dan Gets Global Berhad – pada 2015 dan 2016.

Azam menjadi ketua siasatan SPRM ketika itu.

Pada 5 Jan, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Ujang mengadakan sidang akhbar mempertahankan Azam, menjelaskan saham itu dibeli adiknya Nasir Baki yang menggunakan akaun dagangan abangnya itu.

Azam menegaskan dia telah memindahkan saham itu kepada Nasir dan dengan itu tidak melakukan “apa-apa kesalahan”.

Bagaimanapun, langkah itu membuka ruang terhadap lebih banyak kritikan, membangkitkan persoalan jika Azam telah melanggar peraturan akaun dagangan saham.

Azam menyaman pemberi maklumat Lalitha Kunaratnam kerana memfitnah selepas dia menulis mengenai skandal pemilikan sahamnya.

Tuntutan itu mendorong lebih banyak kritikan terhadap Azam. Mk

Lantik ketua agensi kerajaan perlu pengawasan parlimen – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker