‘Jiran puaka’ letak sihir depan rumah

‘Jiran puaka’ letak sihir depan rumah

Hidup berjiran memerlukan satu kesepakatan yang kuat bagi menjamin kehidupan berkeluarga dan komuniti yang sihat.

Banyak kisah yang boleh dijadikan pedoman apabila kita berjiran dengan orang yang baik dan selalu menghulurkan bantuan ketika mengalami kesusahan.

Malah, jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita sekiranya musibah datang melanda, bantuan mereka adalah bantuan paling cepat.

Namun, tidak semua jiran yang memiliki sifat seperti itu, malah ada yang tidak suka dengan kesenangan yang kita kecapi.

Ada sahaja cara jiran-jiran yang berperangai seperti ini lakukan bagi memastikan kita tidak senang dan jatuh sakit.

Terkini, satu perkongsian di media sosial menyaksikan satu rakaman dari televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang jiran ‘puaka’ menggunakan sihir untuk jirannya.

Klip video tersebut menunjukkan seorang wanita berpura-pura menyapu sampah di halaman rumah sebelum meletakkan kertas atau tisu dipercayai ‘guna-guna’ yang diletakkan di rak kasut jirannya.

Rata-rata orang ramai yang menyifatkan wanita itu sebagai seorang ‘jiran berpuaka’ yang tidak senang melihat kebahagian jirannya sendiri.

“Aku pelik betul la manusia macam ni, tak boleh ke hidup bermasyarakat sikit. Jiran tu tak buat apa masalah pun dia pula yang tak senang duduk.

“Menanggung la kau makcik ke depan hari nanti, kalau misalnya ada masalah sekalipun bincang la elok-elok dengan jiran tu,” jelas Kecik Nadia.

“Ini lah sifat orang kita, asal tak puas hati je santau, tak puas hati je cari bomoh. Kalau betul berani berdepan sahaja la,” kata Jo Rahman Bangsar. K Online

‘Jiran puaka’ letak sihir depan rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker