Penyanyi Legenda Playback Lata Mangeshkar Dikejarkan ke ICU Selepas Dijangkiti COVID-19

Penyanyi Legenda Playback Lata Mangeshkar Dikejarkan ke ICU Selepas Dijangkiti COVID-19

PENYANYI playback legenda India, Lata Mangeshkar dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Breach Candy, Mumbai, pada Sabtu lalu selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Memetik laporan The Indian Express, penyanyi berusia 92 tahun itu pada mulanya hanya mengalami simptom ringan namun diletakkan untuk pemantauan rapi ekoran usianya.

“Dia akan dipantau rapi oleh doktor yang bertugas di ICU,” kata Dr. Pratit Samdani, petugas yang merawat Mangeshkar.

Sementara itu, ahli keluarga Mangeshkar juga dimaklumkan agar membenarkan doktor untuk terus merawat dan memantau keadaannya di hospital.

“Sebagai ahli keluarga, kami mahu yang terbaik untuk beliau dan biarlah beliau terus dirawat oleh pakar,” ujar salah seorang ahli keluarga Mangeshkar.

Mula menyanyi seawal usia 13 tahun, Mangeshkar telah merakamkan lebih 30,000 buah lagu dalam bahasa Hindi, Tamil, Malayalam dan Bengali.-AA

Penyanyi Legenda Playback Lata Mangeshkar Dikejarkan ke ICU Selepas Dijangkiti COVID-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker