Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir

Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir

RUMAH pangsapuri atas bukit tingkat empat tetapi mohon bantuan mangsa banjir.

Itu antara ragam dihadapi pasukan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) yang dalam misi menghantar peti ais kepada penduduk terjejas banjir yang memohon dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu, semalam.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Dana Kita, pasukan NGO itu menghantar sebanyak60 peti ais kepada sasaran yang layak berdasarkan borang permohonan yang diisi.

Namun kata pertubuhan itu, ada beberapa rumah pemohon terpaksa ditolak kerana menipu data.

“Kata rumah kena banjir, sekali pergi rumah apartments atas bukit tingkat 4. Kena banjir celah mana rumah atas bukit?

“Tak best la gini kawan. Jangan la menipu untuk dapat barang sumbangan. Tu hak orang lain. Tak cun la perangai gini beb,” tulis hantaran Facebook rasmi Dana Kita hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, nasib baik mereka sudah menjangkakan hal seperti itu akan berlaku dan disebabkan itu penghantaran peti ais hanya dihantar oleh pasukan Dana Kita, bukan secara terus dari pembekal.

Ujarnya, Dana Kita akan membuat saringan akhir yang mana sasaran yang dianggap tidak layak, menipu dan cuba mengambil kesempatan, akan terus ditolak dari senarai pernohonan.

“Alhamdulillah, penerima yang betul-betul layak cukup bersyukur dengan peti ais yang disumbangkan orang ramai. Memang melegakan mereka yang ditimpa musibah.

“Petang tadi juga berpuluh penerima peti ais terus upload kat media sosial mereka tentang sumbangan yang diterima,” katanya.

Sementara itu, Dana Kita turut menghargai pemohon bantuan yang jujur.

“Terima kasih pada kalian yang jujur. Diharap di suatu hari nanti kalian pula boleh menyumbang untuk membantu orang lain yang dalam kesempitan pula.

“Begitulah sebaiknya. Jangan biarkan kitaran kebaikan ini terhenti,” tambah kenyataan itu lagi. Utv

Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker