China bina bulan tiruan
China bina bulan tiruan
BEIJING – Saintis-saintis China membina ‘bulan tiruan’ yang mempunyai daya graviti seperti Bulan sebenar untuk membantu mempersiapkan angkasawannya bagi misi eksplorasi di masa hadapan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Persekitaran graviti rendah itu dihasilkan berdasarkan eksperimen mengapungkan katak menggunakan sebilangan magnet, lapor akhbar South China Morning Post.
Bulan tiruan yang dibina di Xuzhou dalam wilayah Jiangsu itu direka supaya dapat menghasilkan graviti sifar. Simulasi bulan itu merupakan sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang ditempatkan di dalam ruang vakum.
“Bulan tiruan ini boleh menghasilkan grafiti rendah atau graviti sifar selama mana yang kami mahu,” kata saintis-saintis berkenaan.
Di dalam bilik tersebut, mereka menghasilkan landskap bulan tiruan termasuk batu dan debu ringan seperti yang terdapat pada permukaan Bulan.
Daya graviti di Bulan adalah satu perenam daripada yang terdapat di Bumi.
“Sesetengah eksperimen contohnya ujian impak hanya memerlukan masa beberapa saat,” kata ketua saintis tersebut, Li Ruilin dari Universiti Perlombongan dan Teknologi China, Li Ruilin sambil menambah, beberapa ujikaji lain pula mengambil masa lebih lama, malah sehingga beberapa hari.
China menetapkan matlamat untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030 dan membina sebuah pangkalan di Bulan dalam satu projek bersama dengan Rusia menjelang akhir dekad ini. K Online
China bina bulan tiruan
Baca Artikel Menarik :
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis
You must be logged in to post a comment.