Tangan kanak-kanak 10 tahun tersepit mesin penguli tepung — MYKMU.NET

Tangan kanak-kanak 10 tahun tersepit mesin penguli tepung

Sebaran :

Tangan kanak-kanak 10 tahun tersepit mesin penguli tepung

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila tangannya tersepit pada mangkuk mesin penguli tepung di Sungai Petai, Bukit Gantang, dekat sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata. pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.10 pagi.

Setibanya pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di lokasi mendapati mangsa, Muhammad Farish Hasyraf Abdullah, menangis kerana tangan kirinya tersepit pada mangkuk mesin berkenaan.



“Anggota JBPM menggunakan peralatan khas untuk memotong besi pada mesin penguli tepung tersebut. Masa diambil kira-kira 12 minit untuk membawa keluar tangan mangsa.

“Kami mendapati daripada segi fizikal, lengan dan pergelangan tangan kiri mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Walau bagaimanapun mangsa telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai menemani ibunya yang sedang bekerja telah bermain-main dengan mesin penguli tepung itu.



Katanya, akibat daripada itu tangan kiri mangsa telah tersepit pada celah mangkuk mesin penguli tepung berkenaan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Shariff Aziz itu tamat pada jam 8.58 pagi.-AA

Tangan kanak-kanak 10 tahun tersepit mesin penguli tepung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: