Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Zahirkan Ucap Takziah Kepada Keluarga Serbegeth Singh

Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Zahirkan Ucap Takziah Kepada Keluarga Serbegeth Singh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh yang meninggal dunia semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas pemain kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Shebby Singh ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” menurut catatan itu.

Mendiang Shebby semasa zaman kegemilangannya pernah bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1991, serta pernah beraksi dalam Kejohanan Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990.

Shebby juga pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur.

Selain itu, mendiang juga beraksi bersama skuad bola sepak Pahang pada era 90-an serta pernah menyarung jersi Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.Mendiang juga adalah generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan itu memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012.

Shebby, 61, meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri petang semalam. – BERNAMA

Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Zahirkan Ucap Takziah Kepada Keluarga Serbegeth Singh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker