Nenek ‘queen control’ masih periksa telefon suami usia 90 tahun

TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang wanita warga emas memeriksa telefon pintar suaminya. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita warga emas menarik perhatian netizen kerana dilihat masih bersikap ‘queen control’ terhadap suaminya walaupun sudah berusia, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @annisatrgn269.

Dua pasangan suami isteri warga emas itu dilihat berada di ruang tamu sebuah rumah.

Wanita warga emas itu memeriksa telefon pintar milik suaminya yang sedang berdiri.

“Walaupun sudah 90 tahun, telefon saya tetap dipantau isteri,” jelas kenyataan di video tersebut.

Mereka dilihat berbual ketika kejadian, namun tidak didengari di dalam video.

Lelaki warga emas itu kelihatan berdebar ketika menyaksikan telefonnya dipegang oleh isterinya.

Netizen yang menyaksikan rakaman kejadian mula membanjiri ruangan komen.

“Awas, pemeriksaan sedang dijalankan,” tulis seorang netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker