Fad Bocey terjumpa ‘Abam’, terus peluk lepas rindu (Video)

Fad Bocey terjumpa ‘Abam’, terus peluk lepas rindu (Video)

Dalam diam tak sedar hampir dua tahun pemergian Allahyarham Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. Meski permata seni ini telah menghilang dari dunia fana ini namun para peminat masih lagi mengingati Allahyarham.

Tambah menggambit memori apabila tular pula video yang dimuatnaik pemilik akaun TikTok @dak_opy memaparkan, seorang pemuda yang bekerja di sebuah kedai makan kelihatan seakan arwah Abam Bocey menjadi perhatian ramai.

Video yang tular itu mendapat perhatian orang ramai dan terbaru pemuda tersebut dijemput datang ke stesen radio bagi memberi kejutan buat Fad Bocey, sahabat baik arwah Abam.

Fad kemudian berkongsi fotonya bersama pemuda tersebut di Instagram dan mengatakan terubat rasa rindu, selepas memeluk pemuda tersebut.

“Dapat pinjam 2 minit peluk insan comel yang sangat persis dengan insan yang aku paling rindu. Alhamdulillah.. Allah aturkan semuanya.

Terima kasih @azbuyot, jaga diri.. Semoga yang baik-baik buat kamu” tulisnya

Netizen Komen Sebak

Melihat foto yang dikongsikan penyampai radio tersebut bersama pemuda yang persis arway Abam Bocey membuatkan orang ramai meluahkan rasa sebak dan sedih diruangan komen Instagram Fad kerana turut mengingati Allahyarham.

“Tiba-tiba mata masuk habuk”

“Sama”

“Teringat arwah Abam”

“Allahu rabbi, ingatkan Abam tadi. Al-Fatihah buat arwah Abam. Untuk Uzbuyot semoga sihat selalu”

“Akhirnya berjumpa gak Fad dengan seiras arwah Abam. Baru tengok viral kat TikTok ritu. Suara dia sama.” Komen mereka

Memang seperti pelanduk dua serupa, semoga pemuda ini dirahmati dan al-Fatihah buat Allahyarham, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Fad Bocey terjumpa ‘Abam’, terus peluk lepas rindu (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker