Menteri Agama mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Ustaz Abu Syafiq

PETALING JAYA: Tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq, yang mengaku membawa jemaah yang tidak divaksin menunaikan umrah perlu dikenakan tindakan tegas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata, perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Saya kesal perkara itu berlaku sedangkan syarat sudah ditetapkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Idris berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan perbuatan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.

“Saya harap mereka siasat bagaimana jemaah tidak divaksin boleh lolos,” katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memanggil Abu Syafiq untuk penjelasan, Idris berkata, pihaknya bersedia untuk menasihatinya.

“Iya. Mungkin kita boleh panggil dia untuk tanya kenapa buat begitu,” katanya.

Sabtu lalu, Abu Syafiq menerusi Instagramnya memberitahu dia turut tidak menerima vaksin “MM”.

Difahamkan MM merujuk kepada vaksin Meningococcal dan Meningitis yang merupakan syarat ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah umrah dari seluruh dunia.

Bagaimanapun dalam hantaran terbaharunya, Abu Syafiq mendakwa kedua-dua vaksin tersebut tidak lagi menjadi syarat untuk menunaikan umrah.

“Vaksin itu sudah pupus. Mungkin terlalu banyak ‘telan’ jenis vaksin otak mudah lupa kot,” katanya.

Menteri Agama mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Ustaz Abu Syafiq


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker