Kisah Rasulullah s.a.w. Pengsan Dan Sedih Ketika Mendengar Berita Dari Jibril

Kisah Rasulullah s.a.w. Pengsan Dan Sedih Ketika Mendengar Berita Dari Jibril

Daripada Anas b. Malik r.a., Jibril telah datang kepada Baginda s.a.w. dengan keadaan berubah mukanya, pada waktu yang ia tidak biasa datang. Maka bertanya Baginda s.a.w.,

“Mengapa aku melihat engkau berubah muka?”

Jawab Jibril, “Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar, seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk dia bersuka-suka sebelum dia merasa aman daripadanya.”

Lalu Baginda s.a.w. bersabda, “Wahai Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawab Jibril, “Ya ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga menjadi merah. Kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga putih. Kemudian seribu tahun lagi sehingga bertukar hitam, maka ia hitam gelap tidak pernah padam nyala dan baranya.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan baik, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa nescaya akan terbakar orang-orang di hujung timur kerana sangat panasnya.

“Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya daripada potongan–potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu. Tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang laki-laki dan orang perempuan.”

Lalu Baginda s.a.w. bertanya lagi, “Adakah pintu-pintunya bagai pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya, “Tidak! Tetapi selalu terbuka. Sesetengahnya di bawah daripada lainnya. Daripada pintu ke pintu jarak perjalanan 70 ribu tahun. Tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda.”

“Siapakah pula penduduk bagi masing-masing pintu?” tanya Baginda s.a.w.

Pintu ketujuh neraka adalah untuk umat Baginda yang melakukan dosa besar
Jawab Jibril, “Pintu yang terbawah untuk orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun, sedang namanya al-Hawiyah.

“Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Sobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima bagi orang Yahudi bernama Huthomah. Dan pintu keenam bagi orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril diam segan pada Baginda s.a.w. sehingga ditanya, “Mengapa tidak engkau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawab Jibril, “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati tidak sempat bertaubat.”

Mendengar jawapan Jibril, maka Baginda s.a.w. jatuh pengsan, sehingga Jibril meletakkan kepala Baginda s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Sesudah sedar Nabi s.a.w. bersabda, “Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan aku sangat sedih. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya, “Ya! Iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Tatkala itu Nabi s.a.w. menangis. Jibril juga turut menangis. Kemudian Nabi masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat, kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dengan minta keampunan kepada Allah. Wallahu a’lam Utv

Kisah Rasulullah s.a.w. Pengsan Dan Sedih Ketika Mendengar Berita Dari Jibril


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker