Sudah Jatuh DiTimpa Tangga, Dua Kali Tanggung Rugi

Sudah Jatuh DiTimpa Tangga, Dua Kali Tanggung Rugi

“Sudahlah kami menderita akibat banjir, kini kami menjadi mangsa scammer jualan dalam talian yang menawarkan perabot baru pada harga murah,” ujar mangsa yang mahu dikenali sebagai Nini, 44.

Dia adalah antara ratusan mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda apabila kediamannya di Bentong, Pahang ditenggelami banjir luar biasa pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, kerosakan perkakas rumah dimiliki menyebabkan dia berusaha untuk membeli almari baju untuk kemudahan keluarganya.

“Saya mulanya tertarik untuk membeli almari selepas melihat iklannya di media sosial Facebook Market Place pada 30 Disember lalu.

“Selepas melihat produk diiklankan, saya hubungi ejen produk itu melalui peti mesej (messenger) di Facebook. Penjual produk itu kemudian memberi maklum balas melalui aplikasi WhatsApp.

“Pada awalnya, ‘penjual’ menghantar pelbagai gambar almari baju dengan pelbagai saiz dan harga. Saya tidak mengesyaki apa apa kerana transaksi bayaran perlu dimasukkan ke akaun bank milik syarikat,” jelasnya yang menetap di Kg Baru Bentong di sini.

Malah, suspek turut meminta resit bayaran selepas transaksi selesai dilakukan.

“Penjual terbabit turut meyakinkan saya bahawa produk dibeli itu siap dipasang dengan penghantaran percuma di luar Kuala Lumpur.

“Walaupun ada produk sama dijual di dalam talian namun kebanyakannya perlu dipasang sendiri. Ini menjadi masalah kerana saya masih sibuk mengemas rumah kesan banjir yang berlaku,” katanya.

Katanya, bayaran penuh RM300 dilakukannya pada 31 Disember lalu membabitkan pembelian dua almari.

“Sehingga kini, saya masih tidak menerima perabot dijanjikan. Mesej pertanyaan saya tidak dijawab. ‘Jurujual’ itu turut menyekat nombor telefon saya dan gagal dikesan.

“Susulan itu saya sudah membuat laporan polis serta akan membawa kes ini ke tribunal pengguna untuk membuat tuntutan.

“Ini bukanlah kali pertama saya melakukan pembelian atas talian namun perkara ini tidak seharusnya berlaku. Individu terbabit jelas mengambil kesempatan ke atas mangsa banjir yang kebanyakannya hilang harta benda dan perlu diganti baharu. Nilai RM 300 mungkin nampak kecil namun dalam keadaan sekarang ia besar maknanya untuk kami,” katanya.

Nini turut menasihati mangsa banjir berhati-hati membuat transaksi atas talian supaya kejadian seumpama ini tidak menimpa mangsa lain.-HM

Sudah Jatuh DiTimpa Tangga, Dua Kali Tanggung Rugi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker