Pemandu MPV cetus kemalangan dicari
DUNGUN – Gara-gara mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki laluannya, seorang penghantar maut yang memandu kereta Perodua Myvi dalam kemalangan di Kilometer 91.1 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Haszaniza dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain.
“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Baharudin berkata, reaksi spontan itu menyebabkan kereta Perodua Myvi mangsa terbabas lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz.
Baharudin berkata, polis sedang menyiasat dan menjejak identiti pemandu MPV yang didakwa mencetuskan kemalangan maut itu.
“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE
Pemandu MPV cetus kemalangan dicari
Baca Artikel Menarik:
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]