Kit Siang memekak isu Azam tapi bisu, pekak pasal Tommy Thomas

Kit Siang memekak isu Azam tapi bisu, pekak pasal Tommy Thomas

Tindakan Lim Kit Siang yang terlalu kerap mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pemilikan saham membabitkan Tan Sri Azam Baki berbanding isu Tan Sri Tommy Thomas tidak menghairankan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu terhutang budi dengan Tommy yang menggugurkan kes rasuah pembelian banglo oleh anaknya, Lim Guan Eng.

”Apakah dia buta, bisu dan pekak dalam isu Tommy Thomas? Isu Azam Baki dia memekak pula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sindir beliau, lagi pun nama Kit Siang dikaitkan dalam perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

“Itu disebut oleh Tommy Thomas dalam memoirnya. Patutlah pun,” ujarnya.

Baru-baru ini, Tommy menulis kepada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Fong Joo Chung yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dibuatnya dalam buku, “My Story: Justice in the Wilderness” bahawa beliau tidak bersedia bekerjasama untuk menyiasat dakwaan dibuatnya dalam buku tersebut.

Siasatan itu bagi menyiasat dakwaan melibatkan isu pelantikan hakim, campur tangan berlebihan oleh cabang eksekutif kerajaan dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Selain menyifatkan pasukan itu akan memberi risiko kepada kebebasan Peguam Negara, Thomas juga berpandangan bahawa Fong adalah bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan berpangkat lebih rendah daripada Peguam Negara.

Lantaran itu, beliau tidak dihakimi oleh sebayanya. MG

Kit Siang memekak isu Azam tapi bisu, pekak pasal Tommy Thomas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker