Kepimpinan Islam lebih bermoral

UMAT Islam perlu membina peribadi yang teguh dalam dunia tanpa sempadan ini kerana jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepimpinan.

Ada bimbingan yang kita perlukan dari orang yang arif tetapi ia tidak terkejar oleh masa yang terlalu cemburu dengan kepintaran manusia meraih peluang.

Dalam peredaran kontemporari ini, masyarakat Islam yang berilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji kerana gabungan moral dan ilmu akan membentuk masyarakat dan negara terbilang.

Dunia tanpa sempadan kini membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Oleh itu, peribadi soleh sajalah yang boleh menghalang perbuatan tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.

Peribadi soleh termasuklah juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah ALLAH dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan serta bantuan orang.

Dalam kesibukan melakukan tugas seharian, setiap Muslim perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkannya.

Sepanjang waktu itu ada antara kita yang untung dan ada yang rugi, tetapi pastinya waktu yang telah pergi tidak akan kembali lagi sampai. Oleh itu, jadikan penularan Covid-19 dan bencana banjir ini sebagai renungan dalam usaha melakukan penghijrahan diri supaya lebih dekat dengan ALLAH.

Kepimpinan negara yang diterajui oleh kepimpinan Islam ini bagaikan diberi satu ujian daripada Yang Maha Esa dalam menangani krisis dunia yang amat bergantung kepada pengharapan yang sangat luar biasa. Berat kita (rakyat) melihat kemelut ini berat lagilah yang dipikul pemimpin kita.

Duduk seketika dan muhasabah diri. Ujian ini merupakan satu signal daripada ALLAH SWT supaya umat manusia sentiasa ingat-mengingati akan kebesaran-Nya.

Kita bersyukur keadaan sekarang masih dapat dikawal dengan sebaiknya walaupun ada sedikit api perpecahan yang dilakukan oleh ‘tangan-tangan yang gatal’. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan agama Islam terus dilindungi.

Keamanan adalah asas utama menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Percayalah, kedaulatan agama Islam pasti tercalar jika keamanan negara tergugat dan mustahil untuk menegakkan syariat Islam jika negara kacau bilau dan huru-hara.

Islam menganjurkan umatnya supaya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Perintah ini seiring dengan sifat ALLAH sendiri yang Maha Adil dan juga telah mengharamkan diri-Nya daripada melakukan kezaliman.

Seorang pemimpin dituntut untuk bersikap adil dan saksama dalam kepimpinannya dan jangan sama sekali melakukan kezaliman kepada manusia sejagat. Kepimpinan adalah satu amanah yang cukup berat lagi getir yang akan dipersoalkan satu persatu di hadapan persidangan agung Mahsyar.

Kepemimpinan dalam Islam mempunyai pengertian amat luas, mencakupi pemimpin dalam institusi keluarga, masyarakat dan juga negara. Semakin luas bidang kepemimpinan, maka semakin beratlah tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Seseorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna. Dua amanah utama yang harus dipikul seorang pemimpin ialah melaksanakan syariat ALLAH SWT dan menggerakkan serta memimpin ke arah kehidupan yang diredai ALLAH SWT.

Oleh itu, pemimpin yang adil hendaklah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang diberikan kepadanya. Ini kerana al-Quran mengandungi peraturan ALLAH SWT paling lengkap berbanding peraturan dicipta makhluk.

Kemakmuran atau kemunduran sesebuah negara atau organisasi adalah bergantung kepada baik atau buruknya pentadbiran pemimpin itu. Apabila pemimpin itu melaksanakan amanah nan dengan adil maka akan makmurlah negara dan organisasi.

* Shafezah Abdul Wahab ialah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka

Kepimpinan Islam lebih bermoral


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

`

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker