Kit Siang Cuba Selamatkan Guan Eng Dengan Serang Azam Baki

Oleh Nurul Aishah

SEMAKIN kuat serangan Lim Kit Siang terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. Rakyat tertanya-tanya adakah itu satu-satunya cara yang tinggal untuk Lim Kit Siang selamatkan anaknya Lim Guan Eng?

Ketika perbicaraan kes Lim Guan Eng baru-baru ini, saksi utama kes memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-23, berkata wang rasuah berjumlah 10 peratus itu adalah daripada keuntungan yang perlu diberikan kepada Guan Eng apabila syarikatnya dianugerahkan projek berkenaan.

Zarul ketika membacakan pernyataan saksinya, berkata beliau agak terkejut dan berfikir sejenak permintaan itu kerana tidak menyangka ia akan keluar daripada mulut Guan Eng yang selama ini dianggap sebagai orang yang menentang rasuah.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 pagi hingga 2 pagi.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Mac depan.

Kini Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri meminta Jemaah Menteri menamatkan perkhidmatan Azam Baki jika beliau tidak bersedia untuk menghadap jawatankuasa pilihan khas bagi menjelaskan isu pemilikan saham korporatnya.

Lim berkata, ini akan menjadi “peluang terakhir” Ismail Sabri Yaakob untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri di kala kerajaannya berdepan beberapa isu. Ini nampaknya seperti ugutan.

Lim Kit Siang mengarahkan PM perintahkan juga jemaah Menteri memutuskan untuk mengadakan sidang Parlimen khas pada 21 Jan bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap program pencegahan rasuah kerajaan serta menerima, membahas dan memutuskan sebarang laporan yang mungkin dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi di Jabatan Perdana Menteri mengenai kontroversi itu.

Lupakah Lim Kit Siang bahawa anaknya sedang didakwa atas tuduhan meminta rasuah?

Kini Azam Baki menjadi mangsa “politik balas dendam” Lim Kit Siang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker