Ekuinas cari lima syarikat Bumiputera berpotensi

Sebaran :

Ekuinas cari lima syarikat Bumiputera berpotensi

Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mencari lima syarikat Bumiputera berpotensi dan berdaya maju untuk menyertai Entrepreneur Mentorship Programme Advance (EMP Advance) ILTIZAM tahun ini.

Ia sekali gus akan menerima sokongan daripada Ekuinas dalam mengembangkan model perniagaan masing-masing.

Pengarah Hal Ehwal Berkepentingannya, Hizwani Hassan, berkata pencarian lima syarikat tempatan itu tidak tertumpu kepada segmen perniagaan tertentu, sebaliknya Ekuinas menilai potensi perniagaan untuk lebih menonjol.



Katanya, selain inisiatif Ekuinas meninjau syarikat berpotensi, usahawan Bumiputera yang berminat menyertai EMP Advance ILTIZAM boleh mengemukakan permohonan untuk dinilai oleh agensi terbabit.

“Sejak 2014, program ini sudah membantu 15 syarikat Bumiputera berkembang. Ekuinas akan membantu dari aspek mengembangkan model perniagaan, penjenamaan dan pemasaran untuk membolehkan syarikat terbabit lebih menonjol dalam segmen perniagaan yang disertai,” katanya kepada BH.

Hizwani berkata, menerusi program itu, tiada dana tunai disediakan kepada syarikat Bumiputera, tetapi Ekuinas akan membiayai perkhidmatan sokongan mengikut keperluan dengan nilainya dianggarkan berjumlah RM100,000 hingga RM300,000.

Malah, katanya, Ekuinas juga tidak membuat pelaburan tertentu atau memegang sebarang ekuiti dalam syarikat berkaitan.



“Sebagai contoh, jika syarikat Bumiputera yang menyertai EMP Advance ILTIZAM ini memerlukan perkhidmatan sokongan dari aspek pemasaran, perakaunan dan struktur perniagaan, Ekuinas akan bantu sama ada menggunakan kepakaran dalaman atau melantik agensi perunding luar.

“Semua kos terbabit akan ditanggung oleh Ekuinas. Di mana pembabitan Ekuinas dengan syarikat terbabit mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Bagaimanapun, selepas mereka ‘graduate’, kita akan terus berhubung sama ada mereka memerlukan apa-apa sokongan daripada Ekuinas,” katanya.

Beliau menjelaskan, tiga isu utama yang menjadi kekangan syarikat Bumiputera untuk berkembang pesat dalam segmen yang diceburi adalah kewangan, pemasaran dan struktur perniagaan.

“Kita mendapati mereka berdepan tiga isu utama iaitu kewangan di mana mereka kurang arif dalam penyimpanan rekod dan sistem akaun.



“Kedua adalah pemasaran. Mereka tidak tahu di mana perlu dipasarkan produk mereka. Ketiga adalah struktur perniagaan iaitu bagaimana untuk menjalankan perniagaan. Justeru, kita akan melihat perkara ini dan membantu syarikat ini mengatasi masalah mereka,” katanya. BH

Ekuinas cari lima syarikat Bumiputera berpotensi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *