Blogger ini bodoh, saya yang tolak jawatan duta Switzerland – Nazri

Blogger ini bodoh, saya yang tolak jawatan duta Switzerland – Nazri

Nazri Aziz mendedahkan beliau ditawarkan jawatan duta ke Switzerland pada 2019, tetapi menolaknya kerana perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, mengikut syarat Eropah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian selepas seorang blogger, Hussein Hamid mendakwa Geneva menolak pelantikannya sebagai duta, mengaitkannya dengan siasatan pihak berkuasa Switzerland ke atas 1MDB.

Beliau turut mendakwa Wisma Putra tidak cenderung kepada ahli politik dan diplomat bukan kerjaya dilantik sebagai duta.

Nazri menafikan dakwaan itu dengan menyifatkan blogger itu “bodoh” kerana syarat untuk Ahli Parlimen menjadi duta ialah mereka perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Di Eropah, Ahli Parlimen tidak boleh menjadi duta. Saya tidak mahu letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, penggal saya tamat dalam tempoh setahun setengah. Saya perlu tunggu sehingga penggal saya tamat.”

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu.

“Saya tidak kisah apa orang cakap. Orang paling penting ialah pengundi saya.

“Blogger-blogger ini bodoh. Mereka fikir mereka tahu semua sedangkan mereka tidak tahu. Ia okey jika anda tak suka saya dan komen. Lebih baik bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi, saya tidak akan bertanding lagi (pada pilihan raya akan datang).” FMT

Blogger ini bodoh, saya yang tolak jawatan duta Switzerland – Nazri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker