‘Saham Azam mampu dimiliki pada harga RM330,000’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jumlah saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM Azam Baki mampu dimiliki kebanyakan orang.

Wan Junaidi juga berkata adalah tidak salah untuk penjawat awam memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Dalam satu kenyataan semalam, Wan Junaidi berkata pada 2016, satu juta saham yang dibeli oleh Azam bernilai RM330,000, antara 30 sen dan 33 sen sesaham dan dikumpul secara beransur-ansur.



“Berdasarkan harga awal, ia bukanlah satu saham yang mahal untuk diperoleh. Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan daripada kita.

“Dan bagi mereka yang merupakan peniaga pasaran saham yang aktif, adalah perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham anda secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, terutamanya apabila anda melihat potensinya,” katanya.

Wan Junaidi berkata, di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam hanya dilarang berdagang dalam pasaran hadapan, dalam dan luar negara.

Tambahnya, penjawat awam yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam juga dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.



Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah sebelum ini menegaskan bahawa Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 menghalang penjawat awam daripada memiliki pegangan ekuiti yang bernilai melebihi RM100,000.

Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2016

Wan Junaidi berkata, nilai saham terbabit adalah antara RM570,000 untuk 1.9 juta saham, atau RM870,000 untuk 2.9 juta saham.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu juga memiliki 2.15 juta waran dalam Excel Force MSC Bhd.



Pada masa itu, Azam merupakan pengarah bahagian siasatan SPRM.

Pemilikan saham oleh Azam menimbulkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam dan kebimbangan berlaku konflik kepentingan.

Azam menafikan sebarang salah laku dan mengatakan adiknya menggunakan akaun perdagangannya untuk memperoleh saham tersebut.

Wan Junaidi memberi jaminan bahawa siasatan terhadap Azam akan dilakukan mengikut undang-undang.



Azam sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), manakala polis telah menyerahkan laporan yang mereka terima.

Berhubung gesaan untuk meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa parlimen, Wan Junaidi berkata perkara itu perlu dilihat dengan lebih teliti.

‘Saham Azam mampu dimiliki pada harga RM330,000’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker