Patuhi SOP di sekolah, elak sebar varian baharu



KUALA TERENGGANU – Semua pihak diminta mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19 terutama melibatkan varian baharu dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah.

Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, usaha itu bagi memastikan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang bermula pada Ahad tidak terganggu dan murid serta pelajar dapat belajar lebih lancar.

“Semua pihak baik ibu bapa, guru, murid dan kakitangan sekolah perlu memastikan pematuhan SOP berada pada tahap maksimum.

“Kita tidak mahu berlaku penularan varian baharu yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup semula selepas kita beralih ke fasa endemik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, sesi persekolahan hari pertama di Terengganu pada Ahad berjalan lancar apabila semua sekolah termasuk di kawasan banjir turut memulakan operasi pada hari Ahad.




Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, seramai 125,545 pelajar di seluruh negeri memulakan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 pada Ahad.

Beliau berkata, ia melibatkan seramai 65,534 pelajar darjah satu, dua dan enam serta seramai 34,201 pelajar tingkatan empat dan lima serta 4,729 calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Selain itu, katanya, seramai 17,725 orang guru yang bertugas di semua sekolah tanpa penggiliran.

“Seramai 56,745 pelajar sekolah menengah bermula daripada tingkatan satu, dua dan tiga akan mengikuti pembelajaran mengikut penggiliran melibatkan seramai 19,531 pelajar tingkatan satu, tingkatan dua (18,882) dan tingkatan tiga (18,332).

“Jumlah keseluruhan murid sekolah rendah daripada tahun tiga, empat dan lima yang kekal ikuti pembelajaran mengikut penggiliran adalah seramai 64,797,” katanya.




Patuhi SOP di sekolah, elak sebar varian baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Leave a Reply

Your email address will not be published.