‘Nak ke SMK Dabong 14km, 100 pelajar terpaksa ponteng, kereta api tak berhenti’

KHAIRI Haikal Mohd. Hussin sedih tidak dapat ke sekolah selepas kereta api tidak berhenti di Stesen Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan hari ini. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

KUALA KRAI: Sesi persekolahan secara bersemuka hari ini bagi kira-kira 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris, di sini terbantut selepas kereta api tidak berhenti seperti biasa di Stesen Kuala Gris pagi ini.

Kereta api merupakan pengangkutan utama penduduk di situ dan kejadian itu menyebabkan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong terbabit terpaksa pulang ke rumah semula dengan hampa.

Jarak kampung tersebut dengan SMK Dabong kira-kira 14 kilometer.

Ketika tinjauan Utusan Malaysia pagi ini, kereta api sepatutnya berhenti di Stesen Kuala Gris pada pukul 6.59 pagi, namun pemandunya bertindak ‘melangkau’ hentian tersebut menyebabkan pelajar terpinga-pinga.



Mereka bagaimanapun tetap setia menunggu di stesen tersebut sehingga pukul 7.30 pagi namun kereta api tidak datang-datang, lalu memutuskan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Salah seorang pelajar, Khairi Haikal Mohd. Hussin, 17, berkata, dia menunggu di stesen itu seawal pukul 6.30 pagi dan terkilan tidak dapat ke sekolah sebagaimana dirancang, gara-gara kereta api tidak berhenti.

“Kami yang tinggal di Kampung Kuala Gris memang naik kereta api untuk ke sekolah dan ke bandar. Saya sendiri naik kereta api sejak di Tingkatan Satu dan ini kali pertama ia tidak berhenti di Stesen Kuala Gris.

“Kalau kereta api yang model lama dulu boleh patah balik, namun tren baharu ini tidak lagi berbuat demikian. Nampak gaya pagi ini, kami tidak dapat ke sekolah,” katanya ketika ditemui di stesen tersebut hari ini.



Sementara itu, Penghulu Mukim Kuala Gris, Badrul Shahudin berkata, kereta api tidak pernah gagal berhenti di Stesen Kuala Gris selama ini dan beliau segera menghubungi Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi memaklumkan insiden tersebut.

“Saya harap perkara ini tidak berulang lagi esok dan hari-hari seterusnya kerana para pelajar di sini bergantung sepenuhnya kepada kereta api untuk ke sekolah.

Jurucakap KTMB ketika dihubungi pula mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kereta api tidak berhenti.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker