Geng plastik hitam cabut kena serbu (Video)

Geng plastik hitam cabut kena serbu (Video)

Sejak masuknya bulan Ramadhan pada 12 Mac lalu, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sudah mula mengerjakan ibadah puasa.

Namun, tidak dinafikan juga masih ada segelintir individu yang enggan berpuasa dengan sengaja seolah-olah tidak mengendahkan rukun Islam ketiga itu wajib dilakukan.

Susulan itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Negeri pasti akan melakukan operasi ‘Ops Plastik Hitam’ setiap kali tibanya bulan Ramadhan.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berlari sambil membawa plastik hitam dipercayai berisi makanan.

Lebih mencuri tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun TikTok @padgerik33300 itu memaparkan lelaki terbabit berlari lintang pukang dalam keadaan masih memakai topi keledar.

Bahkan segelintir pengguna media sosial mendakwa lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di hadapan restoran terbabit kerana terlalu takut ditangkap pihak penguat kuasa.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di salah sebuah restoran di Perak melibatkan operasi ‘Ops Geng Plastik Hitam dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran’ yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Tinjauan kami di Facebook turut mendapati bahawa operasi itu telah dilakukan pada semalam (14 Mac) di sekitar Chemor, Chepor dan Meru.

Bagaimanapun, masih belum dapat mengesahkan kesahihan bahawa lelaki terbabit melarikan diri kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa susulan tidak berpuasa atau pun sebaliknya.

Setakat ini, video ini berjaya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan di samping menerima pelbagai reaksi netizen susulan operasi tersebut.

Geng plastik hitam cabut kena serbu (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker