PascaBanjir: Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif #Keluarga Malaysia Di 1,800 Bengkel

PascaBanjir: Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif #Keluarga Malaysia Di 1,800 Bengkel

Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang-kurangnya 25 peratus bagi pembelian alat ganti dari 20 syarikat pengeluar kenderaan.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia juga meliputi kos tunda secara percuma serta baucar diskaun sehingga RM1,000.

“Yang penting sekali, kita nak senangkan rakyat. Jadi, pemilik kenderaan tak perlu membuat sebarang permohonan. Kalau kenderaan rosak akibat banjir, mereka boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat.

“Baucar ini akan digunakan secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah,” katanya hari ini.

Setakat ini katanya lebih 1,800 pusat servis dan bengkel berdaftar untuk inisiatif ini, iaitu sekitar 1,100 pusat servis kereta dan 700 bengkel motosikal.

Malah jelasnya kerajaan terus meningkatkan bilangan pusat servis serta bengkel yang terlibat, terutamanya untuk motosikal dengan menambah pusat-pusat servis dan bengkel-bengkel yang berdaftar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Daerah.

Ini bagi memudahkan urusan rakyat yang terjejas banjir memanfaatkan Baucar Diskaun Automotif.

“Saya juga nak ingatkan bahawa tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022. Mangsa banjir sudah boleh mula membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah dan bengkel-bengkel yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” jelasnya lagi

Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir:⠀

📌 Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.⠀

📌 Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀

📌 Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara terlibat setakat ini. Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀

📌 PERODUA & PROTON juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan, serta servis tunda percuma⠀

📌 Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022

PascaBanjir: Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif #Keluarga Malaysia Di 1,800 Bengkel

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker