Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah

Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah

SABAK BERNAM: Nasib dua beradik di Taman Air Manis di sini yang tercicir dalam pelajaran akan dibela bagi memastikan mereka dapat meneruskan sesi persekolahan meskipun keluarganya dibebani masalah kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail berkata, dua beradik berusia 15 dan 16 tahun itu perlu dibantu bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam pelajaran.



“Walaupun keluarga ini tidak menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, tetapi kita tetap prihatin dan bersimpati dengan dugaan menimpa.

“Saya difahamkan, keluarga dua beradik ini hilang pekerjaan dan sudah tentu ia memberi kesan kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama pada situasi mencabar pada masa ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan kelengkapan persekolahan kepada keluarga berkenaan di Taman Air Manis di sini pada Jumaat.

Rizam yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor berkata, pihaknya membantu menyediakan kelengkapan persekolahan dan wang ringgit kepada dua beradik terbabit.

“Saya difahamkan PPD Sabak Bernam menguruskan yuran persekolahan, manakala di pihak kami membantu dua beradik dari segi kelengkapan seperti pakaian sekolah, kasut dan beg,” ujarnya.



Menurutnya, dua beradik itu dalam masa sama diterima masuk untuk menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar yang mempunyai kemudahan asrama.

“Saya berharap dua beradik ini kembali bersemangat ke sekolah dan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya,” katanya.-SH

Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker