Vaksin kanak-kanak: Peguam lapor polis terhadap KJ, Noor Hisham
Vaksin kanak-kanak: Peguam lapor polis terhadap KJ, Noor Hisham
Peguam dan ibu kepada sepuluh anak, Asiah Abdul Jalil membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Asiah ketika dihubungi berkat, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan berhubung pemberian dos penggalak vaksin kepada anak-anaknya yang berumur antara 12 dan 19 tahun, serta dos pertama untuk mereka yang berumur antara lima dan 11 tahun.
“Laporan polis ini sebagai standby police report. Jika anak-anak saya didiskriminasi selepas ini, maka pada masa itu wujud elemen “kerugian” atau “kerosakan” atau “pencabulan hak”,”katanya kepada Malaysiakini.
Asiah berkata diskriminasi yang dimaksudkan termasuk pengasingan di sekolah, larangan menggunakan padang dan fasiliti sukan awam, larangan makan di restoran, larangan masuk ke pasar raya atau sekatan perjalanan.
Asiah berkata dia juga akan mempertimbangkan untuk memfailkan tindakan undang-undang di bawah tort misfeasance di pejabat awam” terhadap Khairy dan Noor Hisham sebaik sahaja elemen yang diperlukan dibuktikan.
“Saya sebagai ibu kandung, bercadang nak failkan saman terhadap Khairy Jamaluddin dan Dr. Noor Hisham Abdullah di bawah kausa tindakan “tort of misfeasance in public office”, sekiranya vaksin Covid-19 diwajibkan ke atas anak-anak saya atau sekiranya anak-anak saya didiskriminasi akibat tidak mengambil vaksin Covid-19.
“Sebab sekarang belum ada “kerugian” atau “kerosakan”. Nak saman di mahkamah sivil, kena buktikan elemen tersebut,” kata Asiah yang menegaskan dia sendiri menolak untuk menerima dos penggalak.
Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, empat anak sulung Asiah berusia antara 19 hingga 14 tahun telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala anak kelimanya, berusia 13 tahun, sedang menunggu pemberian dos kedua.
Anak keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan Asiah berusia antara 11 dan lima tahun, manakala anak bongsunya berusia dua tahun.
“Pada sepanjang masa kerajaan tidak pernah mewajibkan penerimaan vaksin Covid-19 kepada mana-mana pihak tetapi kerajaan melalui arahan eksekutif dan kuasa pentadbiran Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) telah membuat peraturan, dasar dan polisi yang menyekat hak kebebasan dan hak asasi bagi sesiapa yang belum menerima vaksin atau menolak vaksin,” kata Asiah dalam laporan polisnya. .
Asiah memaparkan salinan laporan polisnya di halaman Facebook bersama gambar borang kebenaran vaksinasi yang disifatkannya sebagai “perangkap” untuk menerima dos penggalak.
Noor Hisham semalam berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada vaksin formulasi baru Covid-19 jenis Pfizer untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Formulasi itu menggunakan 10 mikrogram bahan aktif vaksin setiap dos, berbanding 30 mikrogram setiap dos yang diluluskan sebelum ini untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
Khairy semalam berkata KKM menubuhkan Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) untuk Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak) yang akan dipengerusikan oleh timbalannya, Dr Noor Azmi Ghazali. Mk
Vaksin kanak-kanak: Peguam lapor polis terhadap KJ, Noor Hisham
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?