Majlis Presiden PH desak badan bebas siasatan Azam Baki, Abu Zahar

SHAH ALAM – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan turut menyarankan supaya kedua-duanya direhatkan sementara siasatan berjalan.

Menurut mereka, kenyataan daripada Azam danAbu Zahar pada sidang akhbar sebelum ini tidak boleh diterima dan menunjukkan kemungkinan telah berlaku pelanggaran undang-undang.



“Perkara tersebut menunjukkan telah berlaku percanggahan kepentingan melibatkan akaun saham beliau yang digunakan untuk membeli jutaan saham bagi pihak adiknya.

“Ia melibatkan undang-undang khususnya Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 yang boleh didenda RM3 juta atau dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah.

“Pengerusi LPPR pula begitu mudah memberi penjelasan tersebut walaupun siasatan lebih terbuka dan menyeluruh seharusnya dilakukan kerana ia melibatkan dakwaan pembelian saham bernilai jutaan ringgit di dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut pada Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Paduka Madius Tangau.



Majlis Presiden PH juga berkata, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis bahawa akan mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak termasuk Azam mengenai perkara tersebut.

“Ia telah menjejaskan integriti dan melumpuhkan kredibiliti SPRM di mata rakyat, malah juga di peringkat antarabangsa seperti kenyataan yang dibuat Transparency International.

“Majlis Presiden berpandangan, Perdana Menteri sebagai selaku Ketua Majlis tidak boleh berdiam diri dan perlu memanggil sidang Parlimen khas bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu saham Azam.

“Beliau juga perlu memberi penjelasan bagaimana pengurusan dan pentadbiran SPRM telah menjadi rosak sehingga boleh berlaku kes-kes yang meranapkan imej institusi termasuk kecurian RM25 juta wang kes Datuk Hasanah Abdul Hamid serta rompakan RM700,000 oleh pegawai-pegawai SPRM,” ujar mereka.



Tambah kenyataan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu membuka kertas siasatan untuk menyiasat sekiranya telah berlaku sebarang pelanggaran undang-undang seperti yang telah didakwa pelbagai pihak.

Majlis Presiden PH desak badan bebas siasatan Azam Baki, Abu Zahar

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker