Kadar bayaran pengambilan pembantu rumah asing melalui JIM adalah rendah

Kadar bayaran pengambilan pembantu rumah asing melalui JIM adalah rendah

SEBELUM ini sebuah akhbar tempatan berbahasa inggeris telah mendakwa kos pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) yang terlalu tinggi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee bin Daud, tampil memberi penjelasan mengenai kadar bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada majikan untuk pengambilan PRA.

“Untuk makluman, kadar bayaran yang dikenakan oleh kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi pengambilan PRA kali pertama adalah rendah iaitu sebanyak RM1136.00.

“Jumlah ini merangkumi kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran Pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain yang berkaitan,” katanya.

Untuk rekod, negara sumber yang dibenarkan bagi sektor PRA adalah tidak terhad kepada beberapa negara sahaja dan majikan bebas memilih pembantu rumah asing dari negara Filipina, Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos.

Tambahnya lagi, setiap pengambilan PRA perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA apabila tiba di Malaysia.

Dalam pada itu, terdapat seramai 88,173 PRA yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 31 Disember 2021.

Majikan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai prosedur permohonan PRA serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan melayari portal rasmi Jabatan www.imi.gov.my atau media sosial rasmi JIM. SM

Kadar bayaran pengambilan pembantu rumah asing melalui JIM adalah rendah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker