Ritual raja bomoh diharamkan sejak 2015

IPOH – Kerajaan Perak pernah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara oleh Raja Bomoh atau nama sebenar beliau Ibrahim Mat Zin pada 2015.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pengharaman berkenaan dilakukan di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Menurut Zamri, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan bomoh yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.

Katanya lagi, umat Islam di negeri ini yang mengingkari fatwa berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan di Perak.

“Fatwa yang diwartakan menyebut sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin ini menggunakan objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

“Oleh demikian, umat Islam dilarang menyebar, mempromosikan fahaman dan ajaran, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan ajaran tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya kepada pemberita di sini.

Zamri berkata, umat Islam di negeri ini juga dilarang menerbit, memuat naik atau memuat turun apa-apa terbitan berbentuk risalah, media sosial, rakaman audio atau filem berkaitan aktiviti Raja Bomoh.

“Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.

“Umat Islam perlu menjauhi sebarang upacara khurafat demi menjaga akidah dan kemuliaan Islam,” katanya.

Ritual raja bomoh diharamkan sejak 2015


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker