Pemuda Pas saran Azam direhatkan hingga namanya dibersihkan
Pemuda Pas saran Azam direhatkan hingga namanya dibersihkan
Pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan tuduhan yang boleh menjejaskan kredibiliti serta komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah direhatkan sehingga siasatan selesai.
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sayap parti itu memandang serius isu ini dan ianya menjadi suatu kewajipan kepada pihak kerajaan terutama kepada pimpinan perdana menteri untuk mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas dan terbuka.
“Kita juga dengan penuh hormat menyarankan supaya semua yang terlibat, termasuk pegawai tertinggi SPRM yang terbabit dalam isu tersebut direhatkan sehingga siasatan selesai dan nama mereka yang terbabit dibersihkan.
“Ini bagi memastikan ketelusan dalam siasatan serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam sidang media Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semalam, pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang didakwa atas namanya.
Beliau dilaporkan berkata, Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, beliau percaya perkara itu harus diambil serius oleh kerajaan bagi menangkis persepsi buruk kepada kerajaan dan negara serta memastikan integriti terus terpelihara.
“Semoga Malaysia sentiasa dipelihara Allah dan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dengan amanah dan berintegriti,” katanya. MG
Pemuda Pas saran Azam direhatkan hingga namanya dibersihkan
Baca Artikel Menarik :
- Ameera Khan bakal diambil tindakan oleh GSC?
- Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM
- Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran
- Bayi hendak dikebumi didapati masih bernyawa
- Waris minta mahkamah bekukan RM10 juta – Pengetua Tahfiz
- UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri
- Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?
- Zarina Anjoulie kena kecam cium Iqram Dinzly
- Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa
- Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam
- Lakukan provaksi selepas dikompaun letak motosikal di parkir OKU
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)