18 kematian baru akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 18 kematian baru Covid-19 semalam (5 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,609.

Ini adalah jumlah kematian terendah yang dilaporkan dalam 19 hari, sejak 17 Dis 2021.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 16.7 peratus atau 3 meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 958 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Pahang, Perak dan Selangor masing-masing merekodkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 3, atau 16.7 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dilapor di Kedah (2), Melaka (2), Kuala Lumpur (2), Kelantan (1), Sabah (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Kesemua kematian baru yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Purata 32 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 26, menunjukkan trend menurun.

Setakat semalam, terdapat 39,739 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 4.7 peratus daripada 41,682 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.1 peratus daripada 60,331.

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 3,270 kes baru semalam, sebanyak 61 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 26 (42.6 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua manakala 23 (37.7 peratus) adalah dari tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan import (6 – 9.8 peratus), institusi pendidikan (4 – 6.6 peratus) dan penularan komuniti (2 – 3.3 peratus).

18 kematian baru akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker