Lelaki khayal, ketagih gam serang kenderaan polis guna parang

Keadaan kenderaan milik PDRM selepas diserang oleh seorang lelaki disyaki khayal akibat ketagihan gam di Kampung Kiambur, Kuala Penyu.

BEAUFORT – Seorang lelaki dipercayai khayal kerana ketagihan gam ditahan polis selepas mengamuk dan cuba menyerang kenderaan polis menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Kiambor, Kuala Penyu, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kuala Penyu dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menerima maklumat mengenai seorang lelaki berusia 40 tahun mengamuk di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, tangkapan berjaya dilakukan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort sebaik menerima laporan berkenaan.

“Ketika kejadian, lelaki terbabit tiba-tiba keluar dari kawasan semak dan bertindak menyerang kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan parang dan terus melarikan diri.

“Suspek kemudian berjaya ditahan namun ketika ditahan, suspek tidak memberikan kerjasama sambil kedua-dua belah tangannya memegang parang dan pisau pemotong daging,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan kerana mengugut secara jenayah dan menghalang anggota polis menjalankan tugas serta merosakkan dua kenderaan milik PDRM dengan menggunakan parang.

“Siasatan awal mendapati, punca suspek mengamuk kerana disyaki khayal dan seorang penagih gam,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker