Wanita lahirkan bayi kembar beza bulan, tahun
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita di Amerika Syarikat selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada bulan dan tahun yang berbeza, lapor laman berita Wolipop semalam.
Fatima Madrigal melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Alfredo pada pukul 11.45 malam (waktu tempatan) semasa malam menjelang Tahun Baharu 2022.
Selang 15 minit kemudian, ketika jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam 1 Januari 2022, Madrigal selamat melahirkan kembar Alfredo iaitu bayi perempuan yang diberi nama Aylin.
Alfredo dan Aylin merupakan kembar yang dilahirkan dalam bulan dan tahun yang berbeza.
“Sangat menakjubkan kerana mereka kembar, namun tarikh lahirnya berbeza.
“Saya terkejut namun bahagia apabila Aylin lahir pada waktu tengah malam,” kata Madrigal.
Pihak Hospital Natividad Medical Group turut menzahirkan rasa kagum mereka memandangkan kelahiran itu adalah sesuatu yang amat jarang berlaku.
“Ini sudah pasti menjadi kelahiran yang paling dikenang sepanjang kerjaya saya,” ujar doktor keluarga di hospital itu, Dr. Ana Abril Abrias. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET