Walaupun janji berubah, isteri berzina lagi dengan kekasih

Gambar Hiasan

Melerai hubungan perkahwinan adalah semudah mengungkapkan lafaz cerai, namun, proses perundangan yang menyusul selepas itu, tidaklah semudah menjatuhkan talak.

Seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra menceritakan bagaimana kisah seorang isteri yang melanggar lafaz taklik suaminya yang dibuat hujung tahun lalu.

Namun, baru hari pertama masuknya tahun baru, sang isteri kecundang berselingkuh lagi dengan teman lelakinya, dan khabar duka itu disampaikan kepada sang suami menerusi satu pesanan teks WhatsApp keesokan harinya.

“Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1 Jan 2022 hari itu. Kita uruskanlah apa yang patut.”



Menurut peguam itu, rahsia hubungan sulit isteri dengan seorang penjawat awam terbongkar ke pengetahuan suami sejak awal tahun lepas, ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), daripada teks mesej sehinggalah ke gambar dan video.

Sang isteri mengaku sudah terlanjur dua kali dengan teman lelakinya, atas alasan sang suami yang terlalu sibuk, dan tidak ada masa untuk mendengar luahan dan memahami keadaan dirinya.

Setelah diberi kata dua sama ada untuk berpisah atau membaiki kelemahan masing-masing, sang isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya masih belum melepasi usia 11 tahun.

Namun, lafaz taklik hanya dibuat suami pada penghujung Disember tahun lepas, apabila sang isteri ‘kantoi’ keluar dengan lelaki berkenaan di Port Dickson di hadapan matanya dan anak-anak sendiri.



“Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talak tiga,” suami membuat lafaz taklik, yang hanya dibalas dengan sepatah “Okey” oleh sang isteri.

Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]

Dan pada 2 Jan, suami menerima mesej WhatsApp daripada isteri yang mengaku melanggar taklik yang telah dibuat apabila terlanjur lagi pada hari tahun baru, menyebabkan talak jatuh.



“Saya dah tak ada perasaan kecewa atau sedih sebenarnya, sebab sejak pertama kali dia bagitahu dia sudah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi.

I’m well prepared (Saya dah cukup bersedia). Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ini, sebab itu saya stay (tetap dalam perhubungan),” kata sang suami.

Bagi Nur Fatihah yang berkongsikan kisah tersebut, bagi kes taklik atau lafaz talak yang berlaku di luar mahkamah, pasangan akan berdepan siasatan penuh untuk pengesahan terhadap talak yang telah jatuh.

“Semua benda pun orang buat main sekarang ni. Lain kali, berpisahlah dahulu secara baik, baru buat hubungan lain.



“Profesional dan berbudi bahasalah sedikit dengan hati dan perasaan orang lain. Tapi tulah, bila kita dah tawar hati, nak sedih atau hampa pun dah takda. Kita follow the flow (mengikut arus) sahaja sebenarnya.

“Sedikit info, kes-kes melibatkan takliq ataupun lafaz talak di luar mahkamah ini perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

“Dalam kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talak jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan kadi untuk direkodkan kesahan jatuhnya talak tersebut ataupun sebaliknya,” coret Nur Fatihah di Facebooknya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker