Kos Kuarantin Tu Bawah Kerajaan Atau Persendirian- Fizz Fairuz Persoal Isu Kos Umrah?
Kos Kuarantin Tu Bawah Kerajaan Atau Persendirian- Fizz Fairuz Persoal Isu Kos Umrah?
Pelakon senior tanah air Dato Fizz Fairuz bangkitkan isu kos kuarantin jemaah yang bakal pulang dari Umrah di tanggung oleh kerajaan atau persendirian di akaun Instagram nya menarik perhatian orang ramai.
Kerajaan Atau Persendirian?
Berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan jemaah Umrah perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan, membuatkan pelakon ini bersuara tentang isu kos kuarantin sama ada perlu dibiayai sendiri atau ditanggung kerajaan.
“Saya nak tanya sikit, yang balik dari Umrah kena kuarantin under NADMA kan?
So soalan nya kos kuarantin tu under kerajaan atau persendirian ek?
Siapa boleh bantu jawap?
Atau ada sesiapa dari NADMA boleh jawap?” Soalnya
Melihat persoalan yang diajukan oleh Fizz Fairuz di Instagram nya, ramai warganet berkongsi jawapan mereka di ruangan komen pelakon tersebut.
“Dengar berita kelmarin kos kuarantin under diri sendiri atau under agensi Umrah yang bawa tu. So, basically kalau under agensi Umrah tu kosnya bertambah lah.”
“Ada dua pilihan. Kalau pusat kuarantin yang sediakan kerajaan adalah percuma, tapi kebiasaanya fasiliti hanya seperti bilik-bilik asrama di fasiliti kerajaan.
Pilihan kedua hotel-hotel, kebiasaanya pilihan yang ini adalah ditanggung jemaah sendiri. Agensi Umrah kalau tak silap, mereka sudah kenal pasti 5k-10k bilik hotel untuk dijadikan pusat kuarantin kepada mana-mana jemaahnya.” Komen mereka
Mahu Iesya Toh Ulas Itu Kos Kuarantin
Setelah bertanya tentang kos kuarantin di Instagram nya, pelakon ini mendapat maklumat bahawa jemaah Umrah perlu tanggung kos kuarantin sendirian. Berang dengan hal tersebut, Fizz berharap isu tentang kos kuarantin ini dapat di ulas oleh pengacara terkenal Iesya Toh.
“Persoalan nya sekarang, kenapa letakkan syarat perlu kuarantin wajib?
Pada saya boleh je kuarantin dirumah dimana mereka yang stay di KL.. Yelah mana yang jauh-jauh tu mungkin mereka takut sekiranya ada jangkitan..
Tapi kos tu kenapa mereka kena tanggung? Seorang boleh cecah 1K++ tau.. Lepas tu diwajibkan pulak..
Kalau orang tu tak berkemampuan mcam mana? Dia orang balik Umrah, bukan pergi holiday makan angin. Kalau makan angin lantak dia orang lah.. Ini balik dari Umrah… @iesyatoh2 @iesyatoh_ Mohon penjelasan sikit..” Soalnya lagi. Mr
Kos Kuarantin Tu Bawah Kerajaan Atau Persendirian- Fizz Fairuz Persoal Isu Kos Umrah?
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.